Monday, 30 March 2015

Novel : Kekasih Halal

Aku akan cinta orang yang mencintaiku
Aku akan rindu orang yang merinduiku
Aku akan setia kepada orang yang setia kepadaku

Judul : Kekasih Halal
Penulis : Orkid Edyliyne
Terbitan : Fajar Pakeer
Muka Surat : 610
Harga : RM24

Rumusan Kisah :

Lutfa Shirin Mawar terpaksa berkahwin dengan Feroz Ejaz atas permintaan kedua orang tuanya. Namun, belajar menerima suaminya dan akhirnya jatuh cinta dek layanan baik Feroz itu.

Kecurangan Feroz dapat dihidu. Layanan baik Feroz hanya lakonan semata-mata. Satu demi satu kecurangan Feroz terdedah. Lutfa yang kecewa dan marah mula mendiamkan diri dan mengelak daripada Feroz.

Feroz yang mendapat tahu kekasih hatinya berlaku curang di belakangnya mula terasa kehilangan Lutfa.

Kataku :

Fuhhh… Sebab hanya membaca pada hujung minggu, maka sangat lama nak khatam novel ni. Ditambah pulak 1st half nye sangat boring dan meleret2. Lagi satu, panggilan ‘love’ tu sangat buat saya rasa turn off. Panggilan yang lovey dovey tapi nampak sangat tak berjiwa kot. Oppss..  Maybe sebab Feroz pun mmg takde feel ngan Lutfa pada awalnya kot. Hmmm..

Emosi tak berapa nak sampai sgt kat hati sebab tak rasa sgt penderitaan Lutfa. Or maybe sbb sy amik masa lama sgt nak habiskan novel ni. Adoiii… Yang tak berapa nak best, saya tak nampak rasional watak Johan & Frank. I mean  watak2 tu tak berapa memberi impak sangat kot.

At some parts, some BI sentences macam tak berapa nak blend in je. Better dalam BM je kot.

Oh myy… sorry author! I hope it’s just me with my 2 cents… huhuhuh..



Kredit 3/5

Monday, 9 March 2015

Novel : Usai.. Aku Terima Nikahnya


Sekali namamu kulafazkan,
hati tidak pernah terdetik untuk menyebut yang lain...

Judul : Usai.. Aku Terima Nikahnya
Penulis : Umie Nadzimah
Terbitan : Karyaseni
Muka Surat : TBA
Harga : RM19

Utk first review 2015, kita review novel lama. Baru berkesempatan khatam novel awal author ni. Satu lagi novel, Pilihan Mama, belum baca lagi. Novel2 baru dalam list sebelum ni, kena amik masa nak review,  sbb kena refresh blk. Huhuhu..

Rumusan Kisah :

Puteri Nur Aina yang berusia 19 tahun dipaksa dan terpaksa berkahwin dengan Iskandar Hafiz demi tanah yang menjadi perebutan mak long & pak ngah nya. Puteri menganggap perkahwinan tersebut menyelamatkan dirinya dari pak ngah & abang Mazni yang sering memandangnya dengan nafsu jantan.

Iskandar yang melayan Puteri dengan baik membuatkan Puteri senang dan menerima Iskandar sebagai suaminya. Kebahagiaan yang dikecapi hanya sementara apabila Iskandar memilih untuk meninggalkan Puteri dek kerana desakan emaknya dan Wan Marini, wanita yang pernah bertakhta dihatinya sebelum ini.

Bangkit daripada kekecewaan lalu, Puteri bergelar usahawan berjaya.

Kataku :

Hmmm.. jujurnya saya still rasa Dia Isteri Luar Biasa the best author so far.

Novel yg ni bagi saya gaya penulisannya agak membosankan. Mcm baca sejarah pulak. Oppss sorry! Tapi, storyline dia giler panjang. Makan masa 19 tahun kalau tak silap saya. Kawin, pisah, cerai, kawin, meninggal, kawin… Begitu la secara rumusan nya hidup seorang Puteri!

Tapi, saya sgt bangga dengan Khalif yang tidak pernah meninggalkan Puteri saat susah dan senangnya. Iskandar… bagi saya loser! Best man wins Khalif! You’re the best!

Yg tak berapa nak puas hati sbb saya rasa Rina patut dpt balasan yang lebih setimpal lagi kot.


Kredit 3/5