Judul
: Dia Imamku
Penulis
: Najwa Rahman
Terbitan
: Kaki Novel
Muka
Surat : 579
Harga
: RM21
Rumusan
Kisah :
Mengisahkan percintaan Naufal dan Insyirah. Mereka berkenalan
sejak kecil dan Naufal sering dibuli oleh Insyirah. Insiden Insyirah membaling
batu sehingga menyebabkan dahi Naufal berparut adalah insiden terakhir sebelum Naufal
melanjutkan pengajian kedoktorannya di luar negara.
Setelah terpisah akhirnya mereka bertemu semula apabila Naufal
pulang ke tanah air. Atas permintaan atuknya mereka disatukan. Rupanya mereka
juga saling meminati dlm diam. Akhirnya mereka berkahwin dan Naufal terpaksa
meninggalkan Insyirah sementara bg menamatkan pengajiannya.
Sekembalinya Naufal ke tanah air, kehadiran Zulaikha mengundang
pertengkaran yg membawa bencana sehingga Insyirah keguguran.
Petikan-petikan dari dalam novel :
“Bukan sentiasa, tapi memang sudah tersemat nama abang dalam
hati Insyirah.” Aku senyum. “Insyirah nak pesan pada abang, jangan menggatal
dengan orang Ireland. Jangan lupa janji kita. Jaga diri baik-baik kat sana dan
jangan lupakan isteri abang ni.” – m/s 154
“Kalau awak ada perasaan, awak takkan datang merayu seorang
isteri untuk ‘sedekahkan’ suaminya hanya kerana sepupunya sedang bertarung
dengan nyawa.” Aku berjalan menuju ke pintu lalu aku buka pintu seluas-luasnya.
“Silakan keluar dan saya harap, makcik takkan datang lagi ke sini. Awak juga,
Mimi.” – m/s 359
“Separuh hati Insyirah dah hilang. Kalau Naufal betul sayangkan
Insyirah, dia pasti boleh cari balik separuh hati itu. Itupun, kalau dia mampu
cari balik.” Kataku dan terus berlalu tinggalkan ibu. – m/s 424
“Bahagia itu akan kembali andai
Insyirah beri abang peluang untuk tebus balik kesalahan abang. Ambiklah masa
sebanyak mana Insyirah nak, abang akan tetap di sini tunggu Insyirah kembali
pada abang. Abang tak mampu nak bagi apa-apa jaminan pada Insyirah, tapi abang
janji pada Insyirah, cinta abang hanya untuk Insyirah sorang dan hanya abang
yang akan jadi imam Insyirah. Tiada lain, Insya-Allah.” – m/s 439
“Oh, no! Saya tak nak awak pergi
macam tu aje. Saya nak awak pergi dari hidup dia sebagai seorang janda. Saya
nak awak bercerai dengan dia!” – m/s 442
Naufal senyum, tangannya masih
mengurut lembut kakiku. “We steal each others’ hearts, that made us partner in
crime, no?” – m/s 566
Lagu-lagu dalam novel :
Encik
Mimpi – Tidurlah Sayang
EdCoustic
– Duhai Pendampingku
EdCoustic
– Dia Ditakdirkan Untukmu
Kata Ku :
First half of the book, citer dia agak
slow. A bit bored. Second half of the book, baru la rasa momentum citer dia.
Sempat gak la bergenang air mata. Touching la tu kann.. Ke aku yg terlebey emo
baca. Hihihih..
Ok la citer dia… Kisah perkahwinan
jarak jauh.. pastu dua2 masih study.. jeles2.. Pastu ada plak org ketiga yg
extreme mcm dlm drama.. I think jln citer yg common la kot..
Kredit 3.5/5