Friday 23 May 2014

Novel : PA Untuk Dia Selamanya


Judul : PA Untuk Dia Selamanya
Penulis : Syamnuriezmil
Terbitan : Penulisan2u
Muka Surat : 448
Harga : RM20

Novel dlm list mesti-beli kat book fair hari tu. Ngeh ngeh..

Rumusan Kisah :

Kemunculan Hanania Widad Wazir menggantikan tempat bapanya, Tan Sri Wazir, iaitu bos kepada Yara Aisya Yazid, menyebabkan hidup Yara tunggang langgang.

Tambah memeningkan kepada bila Onn Andre Othman yang telah setahun cuba mendekatinya mula serius untuk 'upgrade' hubungan mereka. Yara memilih untuk memberi peluang kepada Onn.

Kalimantan, menyaksikan perubahan layanan Han terhadap Yara. Hati Yara semakin hari semakin terusik. Hati mula memilih di antara kopi dan teh.


Petikan-petikan dari dalam novel :

Onn : Kita ni baru nak mula berkawan. Awak dah nak pergi jauh dari saya. Hati awak tu bukannya stabil lagi. Saya ni tak kisah sangat dengan awak. Tapi, saya kisah dengan orang di sekeliling awak tu. Encik Han tu… hantu ke orang ke… Mana tahu. – m/s 123

Onn : Kadang-kadang, Yara…  Orang yang kita tak expect itu yang unexpected.  - m/s 130

Yara : You don’t need someone to complete you. You only need someone to accept you completely. – m/s 183

“Bila kita antara persimpangan hati dan kita masih tak boleh buat keputusan, itu maknanya pilihan kedua sama baik dengan pilihan pertama. Atau sebenarnya lebih baik tapi saja tak nak berikan perhatian.” – m/s 185

Han : Cinta bukan semudah memilih kopi atau teh pada waktu pagi, Cik Yara. Kalau dah suka kopi, kopilah setiap pagi. Kalau dah sukakan teh, tehlah setiap pagi. Susah untuk orang yang setia, menukar habit minuman kegemarannya. Kecuali… Dia bukan seorang yang suka bangun pagi, tapi terpaksa bangun pagi dan minum apa saja yang ada di hadapannya. – m/s 217

Yara : Love is not about how much you say I love you, but how much you can prove that it’s true. Tak perlu nak cakap, sayang cinta, baby, darling… Asal masing-masing tahu rasa masing-masing. – m/s 224

Han : Saya kalau kena jaga, saya minta jaga awak seumur hidup saya. Bukan hanya ketika awak sakit, tetapi ketika awak sihat juga. – m/s 254

Han : She is not a real keeper, Yara. Someone else is. You will know, when it is the right time to know.  Mungkin dulu saya sedikit buta tentang cinta. Tapi sekarang, saya dah nampak, kenapa dan bagaimana seseorang itu penting dalam hidup saya. Sometimes it’s the little details that are vital. – m/s 329

Han : People who are meant to be together, will always find their way in the end, Yara. Tak kisahlah, kalau awak nak menjauh… if it meant to be, it will be. After all, how far you can go, you’re destined to be my PA, forever. Sain kontrak sampai mati tau… - m/s 329

Han : Sometimes, it takes a lot of heartbreaks to get your heart in the right place. There is no relationship is ever a waste of time. If it didn’t bring you, what you want, it taught you what you don’t want. – m/s 358

Han :  Menerima orang lain dalam hidup kamu kerana mahu menolak dia… itu tindakan yang salah. Kerana itu bakal merosakkan tiga hati. Hati dia, hati orang lain, dan lebih rosak… hati kamu sendiri. Yara, mencintai demi dicintai itu sifat manusia. Tapi, mencintai demi mencintai itu sifat malaikat. – m/s375

Han : Sebab saya pernah berada di situasi kena tolak apabila dilamar, ia sangat menyakitkan, Yara. If we were meant to be together, we will find our way. Please wink wink back. He is waiting. – m/s 405

Kata Ku :

Well, I enjoyed reading this piece. Few pages pun dah buat aku tersengih2. Heheheh. Santai mcm citer2 penulis yang lain. Takde drama2 sgt. Just easy reading.

I think base on the tajuk pun dah bleh agak Yara pilih sape. Kesian la jgk kat Onn tapi soal hati nak buat macamana kan. Haiii laa Onn.. nape lak slow sgt nak take action. Funny part Hann dpt no fon Onn. Hehehehe… But, salute kat Yara sbb bg peluang kat Onn. Takde la reject terus pun kan.

And I like… the idea of asking si penerima surat untuk taip sendiri surat tersebut. Hahahah..

Kredit 3.5/5

Thursday 22 May 2014

Novel : Lelaki Sedingin Dia



Dia keliru dengan ‘rasa’ yang satu itu.

Judul : Lelaki Sedingin Dia
Penulis : Syah Shah
Terbitan : Idea Kreatif
Muka Surat :
Harga : RM23

Salah satu buku yang ada dlm list harus-dirembat kat book fair baru-baru ni. Dpt pulak yang ada signature writer! Houyehh!

Rumusan Kisah :

Misi melarikan diri dari majlis pertunangan yang dirancang oleh kedua ibubapa masing-masing membawa kepada pertemuan Fawwaz dan Andria di Cameron Highlands, tanpa mengetahui bahawa orang yang di depan mata adalah tunang mereka.

Setelah mengetahui bahawa Hakim yang dikenalinya adalah Fawwaz, Andria dengan lancangnya telah mengutuk Fawwaz seorang playboy dan kaki botol seperti yang didengarinya. Kenyataan dari mulut Andria itu membangkitkan rasa marah dalam diri Fawwaz, lantas telah mereka cerita supaya mereka tetap akan dikahwinkan.

Dalam pada egonya, Fawwaz mula berubah setelah berkahwin. Perubahan itu membuka hati Andria untuk menerima Fawwaz sepenuhnya. Namun, kenyataan di sebalik perubahan itu telah melukakan hati seorang isteri.

Petikan-petikan dari dalam novel :

Andria : Kau memang tak ada bukti pun, kan? Tu pasal kau nak main tarik tali dengan aku, kan? Lupakan ajelah niat kau tu. Mati hidup balik pun aku takkan kahwin dengan lelaki macam kau ni, tau?! – m/s 155

Fawwaz : I’ll make you regret saying all those words you said, Andria. You just wait and see, you little miss goodie two-shoes… - m/s 159

Fawwaz : Really? Because apparently, lepas kita dah kahwin ni kau langsung tak nak bermesra dengan aku unlike before where you threw yourself at me. Jadi, tell me, salah ke kesimpulan aku tu? Hmm? – m/s 293

Fawwaz : Dia buat aku marah. Dia hina aku. Dia cabar aku. And I will make her pay. Mungkin bukan this instance, but I’ll make her pay. Aku akan buat dia menyesal dengan apa yang dia dah cakap, dengan apa yang dia dah buat. Aku akan buat dia tersungkur at my feet. – m/s 306

Fawwaz : Mungkin kau rasa terlalu cepat. Frankly speaking, aku sendiri rasa mungkin aku terlalu mendesak. But then again, all you had to do is tell me straight to my face kau tak nak. Tak perlu mengelak dengan macam-macam alas an. I would understand. But trust me, Ria, takde apa yang aku nak lagi dalam dunia ni other than being with you. – m/s 411

Fawwaz : Does it matter? Aku pura-pura atau tak, kau tak perlu tau. Yang penting sekarang, I have made you mine. Ni, lelaki yang kau kata tak layak dulu tu, owned you now. – m/s 439

Kata Ku :

Bila baca citer ni kat blog penulis, mmg sangat2 menunggu the printed version.

Fawwaz sgt la bad boy! And we have to admit that bad boys sometimes are kinda of attractive, in certain angle. Huh!!! Well, mmg sgt tertarik ngan intro citer ni. But somehow, ada yg kurang. Kurang perencah la kot. Ermm.. second half of the book mcm tak cukup urmmpphh…

Part of it, Andria was too good and terima Fawwaz dgn senang, after apa yg Fawwaz dah buat kat dia… Was expecting more from Andria actually. Hmm… Overall, still thumbs up to the writer.


Kredit 3.5/5

Karya-karya lain Syah Shah :

1. Awek Pisang Goreng

Tuesday 20 May 2014

Novel : Akadku Yang Terakhir



Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, betapa agung dan tulus kasih sayangmu. 
Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku…

Judul : Akadku Yang Terakhir
Penulis : Acik Lana
Terbitan : Kaki Novel
Muka Surat : 957
Harga : RM37

Rumusan Kisah :

Kegagalan Irham Zahri dalam perkahwinan sebanyak 3 kali dalam jangka masa yang pendek telah menemukannya dengan Rania Baheera, pakar psikoterapi yang merawatnya, setelah dipaksa oleh ayahnya. Pelbagai helah yang dibuat oleh Irham untuk membuli Rania kerana tidak ingin menerima rawatan tersebut.

Kekecewaan Rania terhadap Fazriq, abang angkatnya yang mencintai kakaknya sendiri, menyebabkan Rania menerima tawaran Irham untuk ‘bertugas’ di JB. Perasaan-perasaan lain mula hadir tanpa mereka sedari.

Rania akhirnya menerima lamaran Irham. Perkahwinan yang pada mulanya bahagia akhirnya mula retak disebabkan rasa cemburu Irham dengan perhatian yang Fazriq berikan pada Rania. Irham mula mengasari Rania dan akhirnya menceraikan Rania.

Petikan-petikan dari dalam novel :

Rania : Having a whole bunch of women doesn’t make you a man, being faithful to one does. – m/s 69

Irham bila mengayat :

I know and I hope so too. Cuma sebab you sentiasa ada bersama I, I bimbang ada rasa lain dalam hati I. I’m just a man. – m/s 338

No matter how long it takes, no matter how far, I will get you, Rania. Mark my words, I will get you. – m/s 352

And I am taking a chance to tell you that you are special, limited edition. – m/s 366

You came into my life, Rania… And I plan to make you stay. – m/s 379

I know there are better guys out there, but I want you. Deal with that, Rania. – m/s  443

I akan beri sepenuh kasih sayang I pada you. Kasih sayang yang tak pernah I berikan kepada mana-mana perempuan yang pernah hadir dalam hidup I. – m/s 526

Tapi suatu hari nanti, I takkan ucap selamat tinggal lagi kepada you. I cuma akan ucap good night, Rania. – m/s 541

So, I want someone who will never leave, no matter how hard it is to stay with me. Rania, boleh you hidup  di sisi I sampai bila-bila? – m/s 558

Rania : Encik Irham, perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dicuba-cuba. Saya tak nak merisikokan hidup saya dengan perkahwinan bersifat sementara yang tak kekal lama. Saya minta maaf, saya terpaksa tolak lamaran Encik Irham. – m/s 589

Rania : Percayalah, aunty… saya tak salahkan Encik Irham atas apa yang berlaku. Sejarah biarlah terus menjadi sejarah, yang penting sekarang adalah masa depan. Dan saya bersedia untuk menjadi sebahagian dari masa depan Encik Irham. – m/s 633

Irham : I don’t want to be your whole world, Sayang. I just want to be your favourite part of it. Kita sama-sama cari jalan untuk hidup bahagia sampai bila-bila. Insya-Allah , bahagia akan sampai ke syurga. – m/s 730

Kata Ku :

The feeling masa baca citer ni lebih kurang feeling baca PYPAC. Kinda stress and tense. So, to me.. heavy readings jugak laa.. Kalau tgh stress tu, not advisable la kot baca citer ni. Heheheh..

Mmg hasil tgn Acik Lana ni mmg penuh dgn emosi. Tak pyh nak compare ngan Siti Rosmiza sbb masing2 ada cara penulisan dan penyampaian masing2 pun kann. So, bab penghayatan feeling tu mmg ada.

Ermm.. Irham punya stail romantic tersendiri. Takde la ayat berbunga sgt tp still bleh buat hati melt kot. Tapi, geram sgt ngan Irham yg selalu jer buat tuduhan melulu kat Rania. Kesian ngan Rania! Hhuhuhu… Tang Zahlia mmg drama sgt la kann..

Update 14/1/2016.. Drama to be..

Photo credit here

Kredit 4/5

Karya-karya Acik Lana yang lain :

Thursday 15 May 2014

Novel : Suami Tanpa Cinta


Judul : Suami Tanpa Cinta
Penulis : Syamnuriezmil
Terbitan : October
Muka Surat : 812
Harga : RM30

Rumusan Kisah :

Zaidan Iman dan Ain Syifa berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.

Sekiranya jatuh talak ke atas Ain, maka syarikat mereka juga akan jatuh ke tangan Ain. Maka, Aid dan Ain masing-masing berkerja keras untuk memastikan bahawa perkahwinan ini kekal untuk selamanya.

Kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Aid yang telah menyedari bahawa dia sebenarnya mencintai Ain, cuba untuk mengajar Ain cara-cara untuk bercinta. Aid melakukan pelbagai cara untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar Ain sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.

Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Namun, kebahagiaan mereka teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya. Ain akhirnya pergi meninggalkan Aid.

Petikan-petikan dari dalam novel :

Suffian : Tapi dalam perkahwinan, you need to have feelings. A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person. – m/s 105

Ain : Whatever it takes, I’ll take my chances. So, ajar Ain la, macam mana nak cintakan Aid. – m/s 109

Aid : Ain, cinta tu bukan macam subjek sains ke matematik ke yang boleh diajar. Cinta itu kita yang cipta, bukan orang lain. Jadi, tertakluk kepada kita, macam mana caranya untuk kita cipta cinta kita. – m/s 114

Aid : Macam mana pun cara kita mencintai pasangan kita, tak kisahlah  as long as, membahagiakan. Tak apa, esok, Aid nak tengok cara cinta Ain macam mana pula. Kita bercinta sampai lebam! – m/s 135

Aid : Tak ada hubungan yang sepanjang masa itu, cerah secerah matahari saja. Adakalanya hujan juga. Tapi, apabila kita belajar dengan hujan, kita akan berjumpa cara untuk melepasi rebut taufan bersama. Itu sebab, kita perlu selalu mencintai  antara satu sama lain… tidak sempurna kita kalau tidak bersama, tapi kalau kita bersama, ia lebih daripada sempurna. – m/s 178

Aid : Kita ni tak ada alasan untuk mencintai seseorang. Sayang boleh cinta, benci pun boleh cinta. So, tak boleh nak ada alasan… sebab alasan untuk mencintai seseorang, pelik. Sebabnya sayang, cinta itu, does not occur, it happens. Faham? Kalau lagi Ain korek… korek, reason Ain nak cintakan Aid, lagi Ain pening. Itu sebab, just go with the flow. Kalau Ain tak rindukan Aid, so be it. Yang penting, dalam hati Ain, ada Aid. – m/s 291

Rafina : Saya ni pasrah sajalah, Aid. To love someone, is nothing. To be loved by someone is something. But to love and be loved by someone, is everything. Saya ni, mencintai dia, sudah cukup bagi saya. Tapi, kalau saya dicintai dia, saya tak boleh nak gambarkan perasaan saya, Aid. – m/s 304

Aid : Aid tak kisah, kalau Ain tak cintakan Aid. Tapi, bagi Aid, cukuplah Aid cintakan Ain dan Aid yakin, Ain akan cintakan Aid, setiap hari semakin kuat… setiap hari semakin cinta. Aid percaya, suatu hari nanti, walaupun selepas berkahwin, Ain akan cintakan Aid. – m/s 336

Aid : Ain tahulah, Ain ni contractor. But, stop building a wall. Aid tahu, dalam hati Ain tu, rasakan sesuatu. Kalau tak, Ain tak rindu, Ain tak cemburu. Aid sanggup tunggu, berapa tahun pun untuk Ain cakap, Ain cintakan Aid. But please… stop making reasons for not being in love when you’re in love! – m/s 402

Aid : Tak akan muncul yang kedua, kalau kita cinta yang pertama. – m/s 425

The real lover is the man who can thrill you by kissing your forehead or smiling into your eyes or just staring into space – Marilyn Monroe – m/s 437

Aid : Itulah risiko yang perlu dihadapi dalam setiap perhubungan. Ada cinta untuk dicintai dan mencintai, ada cinta ang hanya dicintai tapi tidak mencintai dan ada juga mencintai tapi tidak dicintai. Ada juga kes yang pelik, dicintai tetapi tak tahu mencintai, macam Ain. – m/s 470

Ain : Terima kasih, Aid. You are the best husband ever! Ain janji, Ain akan buka hati Ain seluas-luasnya untuk terima cinta Aid. Ain tak akan menghalang, kalau tak  datang juga, Ain paksa. Ain tak kisah. – m/s 498

Aid : Cinta itu bukan sesuatu yang kita fikirkan tetapi untuk kita rasai. Ain tak perlu fikir yang Ain tak  cintakan abang. Sebab abang rasa, cinta Ain kepada abang. – m/s 537

Ain : Guys are like stars. There are millions of them out there. But only one can make your dreams come true. It’s the star that falls for you. – m/s 559

Ain : You can never fall in love with someone whom you never laugh with. – m/s 561

Ain : Love is a gamble, but waiting won’t change the dice. You either roll them or you lose your turn. – m/s 574

Aid : Love is not a relationship between two people who never knew each other but it’s a  relationship between two people who were made for each other. – m/s 600

The first to apologize is the bravest. The first to forgive is the strongest. The first to forget is the happiest. – m/s 613

Ain : An aplogy, is a superglue. It fixes almost everything. Whatever it takes, fight for your love. Woman, much love and rare. Man, little love but often. – m/s 634

Ain : Yang pertama, kalau ada orang yang betul-betul sukakan kita and wants to be part of your life, dia akan seriously make effort to be in it. Tak ada alasan. Tak ada excuses. Yang kedua, love is just a word until someone comes along and gives it a meaning. Love, has only four letters, so simple but yet so complicated! – m/s 706

Suffian : A successful marriage is the union of two forgivers. A successful business is when someone once make courageous decisions. Being a forgiver is the strongest. Only the strongest will make a courageous decision… - m/s 747

Ain : Sometimes you have to let go the things you want to secure the things you need, darl. I need you in my life. You have my heart, remember? – m/s 751

Aid : Cinta itu bukan untuk kita mencarinya, tetapi untuk dicari olehnya. Biarlah cinta itu sibuk mencari Ain dan abang. Sebab bagi abang, abang tak nak cinta, abang cuma nak Ain! Kalau cinta ada, Ain tak ada, tak ada guna. Kalau tak ada cinta dan tak ada Ain, lagilah abang gila. Abang sanggup, bersama dengan Ain yang tak ada cinta, seperti sekarang… - m/s 768

Zehra : Love is not a noun to be defined. It’s a verb to be acted upon! – m/s 795

Ain : Love is not what I feel for you. It’s what I don’t feel for anyone but you. – m/s 806

Cinta itu, kalau semakin ia dicari, semakin tidak ditemukan. Kalau terlalu berharap kita akan bertemu dengan kehampaan. Jadi, terimalah cinta apa adanya. Love, only 4 letters… so simple, yet so complicated!

Kata Ku :

Loving this piece sbb bnyk quotes.

I think citer ni kinda rare jugak even though arranged marriage. The couple, Ain and Aid sangat cute! A bit slow kat intro but slowly pick up bila Ain dan Aid belajar bercinta. Comel jer! Suka sgt ngan Aid yang penuh dengan pesanan ringkas dan pesanan penaja… Ain yg hati kering dan lurus sangat2 comel bila pujuk Aid ngan Gwiyomi! Ahahaha… Funney!! Demam rindu sampai warded. Alahai Ain! Suka sikap cool Ain bila berdepan ngan ‘serangan’ Aleesya. Suka dengan kejutan Aid untuk majlis persandingan mereka. Fav aku gak lagu tu! Aid pulakk jeles2 manja ngan Qhalish the carwash aka kacang dal! Hahahaa..

Of coz, watak sampingan Raf-Linda & Uzair-Audra indirectly membantu dlm perhubungan Ain-Aid jugak.

Moral of the story, kalau dah chenta.. sila express feelings anda..



Kredit 4/5

Karya-karya Syamnuriezmil yang lain :