Friday 30 August 2013

Novel : Cik Bunga dan Encik Sombong

 


Untuk hidup berdua, haruslah setia…


Judul : Cik Bunga dan Encik Sombong
Penulis : Airisz
Muka Surat : 593
Harga : RM22

Rumusan Kisah :

Intan Asnidar, pekerja kedai bunga yang terpaksa jadi tunang terkejut kepada Harris Isqandar selepas bakal tunang Harris tidak muncul pada hari pertunangan mereka. Intan ingatkan dia hanya akan jadi tunang terkejut untuk 1 hari sahaja tapi lebih terkejut bila Harris bertegas untuk melangsungkan pernikahan mereka dalam tempoh sebulan lagi.

Intan mula nampak sisi lain Harris yang sombong sepanjang Harris berada di kampung Intan.  Intan mula reda dan terima semuanya dengan seadanya, tambahan pula Harris melayan Intan dengan baik. Dalam masa yang sama, Datin Nora, mama Harris dan Erny, bekas kekasih Harris sering sahaja mengganggu hubungan Intan dan Harris.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Ya, saya tahu, Datin. Lagipun saya dibayar untuk semua ni. Bukan saja-saja saua dan anak Datin bercinta. Saya cuma bidan terjun yang tersalah masa!” aku jawab dengan berani. “Saya pun tak ada hati nak jadi menantu Datin. Memang tak layak!” aku menjawab lagi. – m/s 13

“Saya hanya perlukan sesaat saja untuk suka pada seseorang. Dan sesaat itu ada pada awak! ” jawab Harris dengan tenang dan sungguh aku cakap, aku tidak faham apa-apa. Aku tidak pernah bercinta jadi aku tidak berapa faham dengan ayat-ayat cinta ini. Hendak aku tanya semula, takut dia cakap aku bodoh. Kalau dia cakap bodoh, masih okey lagi, buatnya dia terlepas cakap perkataan bangang, malu juga nanti. – m/s 48

“Awak tahu tak, malam tadi hampir satu malam saya tak boleh melelapkan mata. Saya tak sangka saya begitu beruntung sebab terjumpa dengan awak. Betul-betul saya tak sangka. Apa yang saya idam-idamkan selama ini memang ada pada awak!” kata Harris lagi. Kali ini dia tidak gelak dan nada suaranya sangat serius. – m/s 88

“Awak gadis pertama yang menemani saya ke mana-mana saya pergi dan mungkin awak yang pertama menemani hidup saya dan seterusnya selagi hayat saya dikandung badan!” Harris benar-benar cuba menyakinkan aku rupa-rupanya. – m/s 168

“Siapa kata kahwin paksa tak bahagia. Helo cik adik saying, cinta tu boleh disemai. Janji berusaha!” jawab Harris. – m/s 22

“Kau fikir kau layak untuk anak aku? Tahu tak kau ni tak ubah seperti sampah? Tempat kau tu hanya di kaki Harris. Kau tak layak langsung untuk anak aku. Kau jangan mimpilah untuk hidup bersama anak aku.” – m/s268

Awak tahu tak, kita dah mula sayang awak. Kita rasa dah sanggup nak berpisah dengan awak. Sampainya hati awak buat kita macam ni. – m/s 290

“Abang juga mahu Intan menerima abang seadanya juga. Dan kita akan berusaha untuk membahagiakan rumahtangga kita. Insya-Allah. Inilah syurga kita di dunia dan kita perlu menjaga syurga ini sebaik mungkin. Abang tak mengharapkan apa-apa lagi kecuali hidup bahagia,” kata Harris perlahan. – m/s 338

Harris menghampiriku dan memeluk pinggangku, “Sayang, sebenarnya kita berada di dalam dua keadaan yang berbeza. Kalau betul kita tak boleh terima, kita tak boleh paksa… tapi kita boleh belajar menerima. abang mengambil contoh sikap sayang. Saying lebih bersikap terbuka dan cuba menerima segala keadaan dengan rela. Langsung tak cuak untuk belajar menerima. Abang kagum sangat dengan sikap saying. ” – m/s 466

“Betul. Dah lama abang sayangkan Intan, tapi tak tahu nak cakap macam mana. Tapi hari ni abang seperti ada sedikit kekuatan nak cakap benda ni.” – m/s 479

Kata ku :

Bacaan santai dan buat aku sengih-sengih. Typical storyline. Boleh dijangka kecuali tang hero serah jawatan dan mulakan hidup baru di kampung. Yang buat aku boring dan meluat bila Datin Nora dan Erny tak sudah-sudah nak ganggu rumahtangga Harris dan Intan.

Tapi, aku suka watak Intan. Kalau biasanya heroin akan nangis-nangis dan diam macam tunggul bila kena serang dengan mama dan ex-gf-perasan suaminya, berlainan dengan Intan yang berani membalas balik setiap serangan, demi mempertahankan statusnya sebagai seorang isteri. Lagi satu, Intan sangat percaya dengan suaminya, tanpa ragu.

Harris? Oh Harris sangat sweet! Paling sweet bila dia yang menjaga Intan selama Intan berpantang!


Kredit 3.5/5

Thursday 29 August 2013

Novel : Sungguh Aku Gilakan Kau


 Tanpa aku sedar, aku tak mahu kehilangannya. Jika rasa ini bukan cinta… Apa lagi ertinya?


Judul : Sungguh Aku Gilakan Kau
Penulis : Izz Alejandra
Muka Surat : 623
Harga : RM24

Rumusan Kisah :

First part, girl, Adrianna and boy, Danial Lee, are best Friend. Boy fallen in love but girl doesn’t know. Girl wants a baby but never trust marriage. Girl and boy got married and promise not to fall for each other.

Second part, Danial cuba utk menawan hati Intan. Dalam pada tu, salah faham membuatkan mereka bertelingkah. Eventually, Adrianna falls for Danial too and they live happily ever after.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Cuba apanya, Rene? Syarat apa awak nak letak? Kahwin satu malam saja dan lepas tu cerai? Kalau awak tak pregnant, cari lelaki lain pula? Atau dah confirm pregnant baru sibuk nak cerai? Macam tu?” soal Danial bertalu-talu. Terkebil-kebil mata aku mendengarnya. Betul juga tu… - m/s 109

“Selama kita jadi suami isteri nanti, saya nak awak hormat saya sebagai suami awak. Let be real spouse. Saya tak nak awak pura-pura dengan saya dalam apa keadaan sekalipun.” – m/s 158

“Tapi saya tak Nampak dalam mata awak. Your body language. You didn’t feel anything right? Awak tak ready!” - m/s 245

“Rene tau? Ni waktu yang paling indah dalam hidup saya. Thanks sebab jad isteri saya. Saya takkan lupakan detik ini sampai bila-bila.” Ucapnya tiba-tiba. Dia menghela nafas panjang, kemudian mengukir senyum manisnya kepada aku. Aku pula rasa terkedu. Mati kata untuk kesekian kalinya. – m/s 352

“Don’t worry, honey. Takkanlah saya nak biarkan awak jaga anak kita yang lima orang tu sorang-sorang.” Dia memandangku penuh makna. Tapi aku pula macam biasa. Blur. Malas nak fikir makna senyuman dan renungan dia tu. Tiba-tiba rasa malas nak fikirkan soal anak. – m/s391

“I tahu you kenal dia dah lama. Apa yang you tahu tak sama dengan apa yang I tahu, Rene. Dia bukan macam yang you nampak. Dia tu penipu.dia gunakan you.” Tiba-tiba saja telingaku rasa berdesing dengan tuduhan Ziyad kepada Danial. Panas hati bila dia mengatakan Danial menggunakan aku. Aku yang gunakan Danial. Itu yang betul. Dan tuduhannya tentang Danial menipu aku amat menyakitkan hati. – m/s 434

“Awak dah bosan dengan saya, kan? Awak takut sangat saya jatuh cinta kepada awak, kan? Fine. Okay. I’m off! Saya nak awak lepaskan saya! Saya dah mula rasa benci kepada awak, Danial! Kalau boleh, saya nak awak hilang dari hidup saya. Biar saya hilang ingatan asal awak tak pernah wujud dalam kepala saya lagi!” tempikku lagi sebelum membuka pintu kereta. Danial akhirnya Berjaya mencapai tangan aku. Memaksa aku untuk menatap wajah dia. – m/s 479

“Macam-macam Danial. Saya rasa asing. Saya tak ingat apa-apa. Saya tak tahu apa yang terjadi di antara kita sebenarnya. Saya tahu awak suami saya. Makcik, mak saya. Tapi saya rasa… Kosong! I don’t feel connected.” Keluhku perlahan. – m/s 498

“Boleh tak kalau saya terus jadi suami Rene sampai saya hembuskan nafas saya ni? Saya mahu kita jadi suami isteri sampai ke syurga. Insya-Allah dengan rahmat Allah…” – m/s 536

“Nyawa saya ada dengan Rene. Kalau Rene tinggalkan saya, saya tak tahu apa yang akan jadi dengan diri saya ni. I can’t even breathe without you,” balasnya lemah. Aku terkedu. Terus hilang rasa nak main-main tadi. Romantik gila ayatnya. Sikit lagi aku rasa nak pitam. Dia mencapai tangan aku dan mengenggamnya erat. Terasa kasih sayang dia mengalir kepada ku melalui genggamannya. Beserta rasa bahagia yang tiba-tiba mencuit hati. Biar apa pun sebab dia mencintai dan menyayangi diri aku, aku pasti lebih menyayangi dia pada saat ini. – m/s 546

“I love you, Rene. Indeed. But at the same time, I love our friendship. Saya tak sanggup nak hilang awak kalau tiba-tiba saya luahkan perasaan saya dan selepas tu awak reject saya. Saya takut awak langsung tak nak kawan lagi dengan saya.” – m/s 570

“Dengar sini baik-baik, Mister Danial. Awak kena siap sedia lepas ni sebab saya akan selalu susahkan awak, saya akan buat awak pening kepala dengan perangai saya. Awak dah buat saya jatuh cinta dengan awak. Lebih teruk daripada itu, awak dah buat saya gilakan awak! Faham?” – m/s 577

Kata ku :

Betul lah kot lelaki dan perempuan tak boleh berkawan. Sebab kemudian hari hubungan persahabatan tersebut akan berubah kepada fasa hubungan yang lebih serius. Sekiranya takde pertelingkahan, bahagia la mereka. Tapi kalau jodoh tak panjang, silap haribulan, kawan pun tak boleh dah. Ehem ehem… serius pula aku ni! J

Anyway, mungkin Danial tak cukup ‘jantan’ sbb menyembunyikan perasaannya terhadap kawan baiknya, Rene selama bertahun-tahun. Mesti sakit kan. Dekat tapi jauh… Biasanya, lelaki ni jenis straight to the point dan sanggup ambil risiko. Perempuan yang biasanya menyembunyikan perasaan. Tapi, betul lah kot tindakan Danial tu. Sebab dia sayang sangat kat Rene. Dia tak sanggup kalau kena reject. Lebih teruk, kalau Rene tak nak kawan dengan dia lagi. Tapi, aku suka je cara dia nak tackle Rene bila Rene dah jadi isteri dia. Gentlemen kot!

Adrianna.. alahai Rene… napa la kau blur dan ego sangat. Biasanya perempuan ni instinct dia kuat je kot. Nape lak tak leh perasan kawan baik sendiri suka kat kau. Pastu bila dah sayang, cakap je la sayang. Kalau malu, ada banyak cara lain nak bagitau kot.

Overall, best! Konflik tak berat. Takde watak meroyan bagai. Cuma kureng sikit bagi aku sbb tak berjaya buat hati aku berdebar2 sangat nak baca next chapter.


Kredit 4/5

Wednesday 28 August 2013

Novel : Bila Nak Saksi




Selepas semua yang aku lalui tanpa dirimu, akhirnya kini kau datang menyerah.


Judul : Bila Nak Saksi
Penulis : Rehan Makhtar
Muka Surat : 623
Harga : RM23

Rumusan Kisah :

Pertemuan demi pertemuan di antara Jelita dan Yusuff aka Usop membuatkan Jelita mula menerima kehadiran Usop, walaupun sering menafikan hatinya telah tertarik dengan usikan-usikan Usop. Tanpa diketahui Jelita, semua pertemuan itu telah dirancang.

Status dirinya yang telah bernikah dengan Usop diragui. Terperangkap dalam sandiwara keluarganya, membuatkan Jelita turut sama bersandiwara demi mengetahui kebenaran di sebalik pernikahan tersebut.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Hari ni, selendang awak terjatuh, saya kutipkan tapi awak tak nak. Satu hari nanti, kalau hati awak terjatuh, dan saya kutip… saya tak pulang macam ni dah, tau! Saya bawa lari aje,” ucap dia lembut. Ada nada gurauan pada hujung suaranya. – m/s 19

“Kalau macam tu, Lit izinkan mama dan abah carikan calon untuk Lit. Tak kiralah siapa. Janji mama dan abah yakin dia boleh jaga Lit. Lit tak kenal pun tak apa. Janji abah dan mama kenal, sudah.” Jawabku hendak menyedapkan hati mama. – m/s 23

“Ikut hatilah nak jatuh kat mana pun, janji jangan jatuh dekat awak!” tegas aku dan aku terus berlalu. Tapi telinga ini sempat lagi menangkap tawa halusnya. – m/s 39

“Tapi betul ke Lit jumpa dia macam tu aje? Berkali-kali pula tu. Kalau sekali boleh dikatakan kebetulan tapi kalau dah berkali-kali macam ni, rasa macam dirancang pula. Lit tak rasa dia rancang ke semua ni untuk berjumpa Lit? Jatuh cinta masa kali pertama bersua muka mungkin?” duga Abang Jeff tiba-tiba. – m/s 88

Usop menggeleng. “Yang ni saya dengan Tuhan aje yang tahu. Awak tak tahu tak apa. Cuma saya nak awak tahu hati saya ada pada awak dan sebagai system barternya, saya nak awak bagi hati awak pada saya.” – m/s 186

“Cakap ajelah Lit kau suka dia. Telefon atau SMS dia bagi tahu kau dah jatuh cinta kat dia. Tak ada ruginya nak mengaku ni. Tak ada istilah perigi cari timba, sebab kau bukan perigi dan Usop bukan timba,” ucap Kak Shima loyar buruk. – m/s 211

“Jangan panggil mak cik. Yusuff dan kahwin dengan Jelita, kan? Yusuff  dah jadi sebahagian keluarga kami. Panggil mama. Mama tak benci kamu tapi mama terkejut aje. Kenapa kamu bawa lari anak mama macam tu, Yusuff? Kan elok kamu datan minta cara baik,” luah mama lirih. – m/s 227

Mama mengeluh. “Kenapa nak percaya, sedangkan dah terbukti, kan? Sijil nikah tu. Mama yakin Usop tu baik dan dia tak akan mengaku dan palsukan sijil nikah sesuka hati kalau Lit tak ada kaitan dengan dia,” ujar mama membuatkan aku mengeluh sendiri. – m/s 279

“Ni bukan beg Lit. ni beg Usop. Dia bukan suami Lit. dia menyamar aje selama ni. Lit tak pernah kahwin dengan dia dan tak pernah memalukan mama dan abah. Lit dah tak tahan lagi. Lit nak suruh dia keluar daripada bilik Lit dan rumah ni sekarang juga,” jawabku bersama sendu. – m/s 346

“Dah berkali-kali abang katakan sayang. Dah berkali-kali abang berkias dan jujur juga abang akui abang cintakan Lit tapi Lit tak pernah nak mengaku. Sekali ni aje sayang, abang minta… bagi tahulah abang yang Lit cinta abang. Abang perlu dengar dari bibir Lit sendiri,” rayunya lagi. – m/s 361

“Okey. Selagi I tak dengar dari mulut Yusuff sendiri, I tak percaya. Dan kalau betul pun you dengan dia dah kahwin, I akan pastikan you pun tak akan bahagia kalau anak I tak bahagia,” tekan dia dengan bibir yang terjuih lantas dia keluar melalui pintu kaca itu. – m/s 433

“Tahniah Shila, awak dah berjaya runtuhkan rumahtangga kami. Awak dah buktikan yang saya bukan sesiapa pada dia biarpun saya lagi berhak daripada awak,” ucapku kepada mereka berdua. – m/s 465

Aku merengus bersama tangisan. “Benci Usop. Sampai mati dia betul-betul tinggalkan aku padahal aku dah minta maaf. Aku dah pujuk dia dah. Sampai hati dia sanggup batalkan majlis ni.” – m/s 524

Aku ketawa. “ Memang unik, kan. Tapi ini memang ada dalam Islam. Agama kita berikan hak sepenuhnya kepada wali mujbir kita, iaitu bapa kandung dan datuk kandung untuk nikahkan anak dara mereka dengan mana-mana lelaki yang dia berkenan. Tanpa pengetahuan perempuan tu sekalipun dah pernikahan itu tetap sah,” jawabku. – m/s 554

Kata Ku :

Usop Sontorian!! Hahahahaa…

Pernikahan unik yang aku tak pernah baca kat novel lain, so far.

Ada elemen 13PG! Oppss..

First half part citer ni, agak saspen juga. Tertanya-tanya juga apa, kenapa, macam mana dan siapa.

Second part citer, alahaii… bab tarik-tarik tali panjang buat aku lemas. Caring dan loving sesangat Usop ni dan amat la penyabar sungguh nak menundukkan isteri dia yang banyak pe’el. Pe’el Jelita ni mmg boleh tahan bikin geram! Huhh… Nak je aku ckp kat Jelita “Sudah, sudah la Jelita ooiiii…”. Emm… Expectation aku terhadap Usop meleset la pula. Aku dah bayangkan dia anak orang kaya bagai…

Lagi satu, anak-anak Usop dan Jelita sama la macam anak-anak aku. Si adik perempuan suka nak membuli si abang yang manja. Oh anak-anak!!

Oh yee… Aku ingat apa la nak disaksikan sangat.. rupa-rupanya… hehehehhe…


Kredit 3.5/5

Karya Rehan Makhtar yang lain :

Monday 26 August 2013

Novel : Siapa Orang Gajiku




Identitiku? Adakah begitu penting bagi mereka untuk mengetahui siapa diriku yang sebenar?


Judul : Siapa Orang Gajiku
Penulis : Azimah Lily
Muka Surat : 545
Harga : RM21

Rumusan Kisah :

Keadaan Tengku Haikal Iskandar yang hidup dalam dunianya sendiri sejak ketidakhadiran tunangnya pada hari pernikahan mereka, amat merisaukan Tengku Fauziah, nenek dan Tengku Fariza, ibunya. Tengku Fauziah nekad mengupah Sharifah Aina Aishah sebagai orang gaji di rumahnya untuk ‘merawat’ cucunya, setelah mengetahui Aina adalah Doktor Psikologi.

Aina yang ketika itu sedang ‘melarikan diri’ dari ibunya, Datin Sharifah Mawar kerana sering mendesak dia dan abangnya Syed Aril utk berkahwin, menerima tawaran nenek sahabat baiknya, Rina, dengan upah yang lumayan, bagi membolehkan dia menyalurkan duit tersebut kepada rumah anak yatim.

Setelah Haikal pulih, Sofea muncul dan hubungan mereka bertaut kembali. Merasakan Aina adalah saingannya, Sofea yang licik berjaya membuatkan Aina dihalau dari rumah Haikal semasa ketiadaan Tengku Fauziah. Haikal mula terasa kehilangan.

Pertemuan Haikal dan Aina ketika mesyuarat di Hotel milik keluarga Aina menjawab siapa sebenarnya Aina.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Nenek tahu, tetapi jika nenek mahu Aina menjadi doctor psikologi Haikal, masanya bersama Haikal adalah terhad berbanding masanya sebagai orang gaji. Jika Aina menjadi orang gaji, Aina mempunyai banyak masa bersama Haikal.” Terang Tengku Fauziah. Dia memandang tepat pada Aina. – m/s 50

“Dah banyak kali nenek suruh Haikal mandi, potong rambut dan cukur janggut! Ada ke Haikal dengar cakap nenek? Tak, kan? Jadi jangan salahkan nenek dan Aishah, salahkan diri kamu sendiri dulu,” marah Tengku Fauziah. Inilah yang terjadi jika kita terlalu dimanjakan. Wajahnya serius. – m/s 133

“Masa itu Haikal kecil lagi, tak tahu nak fikir. Main ikut saja. Eee… ada ke patut dia suruh Haikal pakai baju gaun perempuan? Mekap lagi? Siap ikat tocang dua lagi. Ibu, nenek, malu Haikal dibuatnya. Bila difikirkan balik, macam mana Haikal boleh ikut saja cakap Mamee Monster tu?” Haikal menjuih bibir. Memalukan! Menjatuhkan maruah aku sebagai seorang lelaki sejati. Aku harap selepas ini jangan aku jumpa dia lagi. Pasti dia akan ejek aku. – m/s 198

“Aishah mesti ikut Haikal pergi bekerja.” Haikal berpaling dan tersenyum ke arah Aina. Dia mengenyitkan matanya. Kau sudah menyusahkan aku, kau ingat aku akan lepaskan kau begitu saja ke? – m/s 230

“Nenek, tugas Aina hanya untuk memulihkan Haikal. Tentang urusan peribadi Haikal dan Sofea, itu adalah di luar tugas Aina. Hal ini tiada kena mengena dengan Aina. Aina orang luar, nenek.” Ujarnya lagi. – m/s 258

“Orang… gaji?” Walaupun nada suara Aril perlahan tetapi tegas. Aril mengetap bibirnya. Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa Aina menjadi orang gaji pula? Dah hilang akal ke adik aku ni? Tetapi… Haikal seperti tak tahu siapa sebenarnya Aina. Kenapa dia panggil Aina dengan nama Aishah? – m/s 343

“Dengar sini, walaupun kau orang gaji kesayangan nenek aku, aku takkan biarkan kau membuli orang sesuka hati kau. Sofea adalah orang yang sangat penting dalam hidup aku. Kau boleh perbodohkan nenek aku tetapi bukan aku!” Haikal meninggikan suara. Haikal berpaling dan memegang bahu Sofea. – m/s 372

“Aina minta maaf kerana berbohong pada auntie selama ini. Pada waktu itu, Aina hanya menjalankan tugas Aina. Bukan niat Aina untuk menipu sesiapa. Selain itu, Aina juga nak minta maaf jika Aina ada terkasar bahasa pada auntie semasa Aina bekerja di rumah auntie. Aina benar-benar minta maaf. Aina nak minta sesuatu dari auntie.” Aina teragak-agak untuk menyatakannya. Walau apapun hal ini mesti diselesaikan juga. – m/s 445

“Apa maksud Rina yang Aina diculik? Siapa yang culik Aina?” Suara Tengku Fauziah meninggi. Berita yang disampaikan oleh Rina mengejutkan dirinya. Dia tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Rina. - m/s 513

Kata Ku :

Penuh dgn drama dan suspen! Berdebar-debar nak tau citer seterusnya. Tapi, actually, citer ni lebih kepada citer kekeluargaan. Kisah percintaan hanyalah elemen kedua dalam citer ni. Banyak konflik yang aku rasa buat watak hero dan heroin agak tenggelam. Love story yg mature bagi aku tapi tidak begitu dikembangkan sgt. So tak payah nak expect babak comel, sweet dan loving-loving gitu. Macam ada sorang blogger ni komen, ‘tak umphh’. Bagi aku, heroin utama citer ni adalah Datin Sharifah Mawar. Adoi laa.. boleh mental aku kalau dpt mak macam tu.


Kredit 4/5

Friday 23 August 2013

Novel : Cik Blur dan Encik Ikhlas



Kita ditakdirkan untuk sama-sama suka.


Judul : Cik Blur dan Encik Ikhlas
Penulis : Airisz
Muka Surat : 481
Harga : RM19

Rumusan Kisah :

Umpama keluar mulut harimau, masuk mulut buaya. Kasih Khalisha yang telah berhenti kerja kerana tidak tahan dengan sikap bosnya, bekerja sebagai orang gaji tanpa mengetahui bahawa majikannya adalah bosnya.

Encik Ikhlas yang selalu marah-marah dan mencari kesalahannya di pejabat pula sudah berubah kepada seorang yang memahami. Dalam tak suka, Kasih mula menyenangi kehadiran Encik Ikhlas. Walaupun masing-masing akan bertunang atas pilihan orang tua, Kasih tidak pula menjauhkan diri dari Encik Ikhlas kerana Encik Ikhlas sendiri makin mendekatkan jurang antara mereka.

Pucuk dicita ulam mendatang. Kasih akhirnya bertemu juga dengan pilihan orang tuanya, Encik Ikhlas! Terus nikah gantung, tak jadi tuning. Tapi, mereka memilih untuk merahsiakan status mereka daripada pengetahuan teman-teman sepejabat.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Saya tak kira, saya  nak awak masuk balik kerja. Jangan nak mengada-ada tunjuk perasaan bagai. Macam budak-budak. Tak boleh kena marah langsung. Sikit-sikit merajuk. Ingat cantik sangat buat perangai macam tu?” Encik Ikhlas bercekak pinggang pula. – m/s 25

“Kasih berhenti kerja semata-mata nak kerja sebagai tukang bersih rumah saya?” Encik Ikhlas bertanya tapi aku tak memandang mukanya. Sakit hati. Tadi sikit saja rasa sakit hatinya, tapi sekarang sudah membuak-buak. Dia seperti memerli aku saja. – m/s 39

“Sebab aku yang cuba berikan cinta aku kepada dia. Aku yang jatuh cinta. Bukan dia yang jatuh cinta terhadap aku. Kini aku dah faham, cuba mencintai seseorang itu adalah sesuatu yang amat indah.” Balas Encik Ikhlas. Kedengaran bersungguh-sungguh saja kata-kata Encik Ikhlas itu. Benarkah dia sedang jatuh cinta? Kalau betul pun dia jatuh cinta, aku rasa aku bukan orangnya. Aku rasa seperti Encik Ikhlas itu sedang mempergunakan aku. – m/s 102

“Misal katalah, satu hari nanti, kalau umi saya tanya bila nak kahwin, boleh tak saya sebut nama Kasih sebagai calon isteri?” – m/s 131

“Saya belum betul-betul jumpa dengan lelaki yang boleh membuatkan saya benar-benar jatuh cinta dengannya,” ujarku perlahan. Memang betul, aku masih belum berjumpa dengan lelaki yang benar-benar mampu membuatkan aku benar-benar jatuh cinta. – m/s 163

“Encik bakal jadi suami orang.” Aku tersenyum hambar, cuba menyembunyikan perasaanku yang telah retak. Tak perlu nak menunjukkan apa-apa. Encik Ikhlas pasti tidak akan tahu apa-apa apatah lagi dengan wajah sukanya itu, aku tahu aku  bakal dilupakan sedikit masa lagi. Jadi, berhentilah mengharap, Kasih. – m/s 204

“Masalahnya mak aku dah berkenan dengan anak kawan dia. Encik Ikhlas pula macam setuju dengan pilihan mak dia. Jadi macam mana? Keadaan kami dah tak seperti dulu. Tapi aku benar-benar tak boleh terima keadaan ni.” Aku memegang tangan Pijot. – m/s 210

“Memang pada mulanya saya tak suka sebab dalam hati dah ada Kasih. Tapi bila mak Kasih tunjuk saja gambar, saya rasa seperti mahu melompat. Rasa bersyukur sangat. Rupa-rupanya saya mahu dijodohkan dengan gadis idaman saya.” – m/s 294

“Kita mulakan hubungan kita dengan gelaran. Agak pelik kalau isteri panggil suami dengan panggilan encik. Kalau mak kita dengar mahu pitam masing-masing.” Dua butang baju yang terakhir dari bawah tidak dibuka dan dadanya terdedah. – m/s 380

“Aku musykil sikit. Sebab Encik Ikhlas yang nikah, tapi yang beria-ia berinai, kau. Entah-entah kau nikah dengan Encik Ikhlas.” Kata-kata Nani membuatkan aku jadi gabra tapi aku berusaha untuk menyembunyikan perasaan itu. Rahsiaku tidak boleh dihidu oleh Nani. Memang habis cerita nant maka aku kena buat-buat gelak. – m/s 387

“Saya dan Abang Ikhlas sebenarnya tak ada masalah dalam hal ni, kak. Sebab yang paling penting, kami mahu reda kedua-dua ibu bapa kami. Sesungguhnya Allah akan reda terhadap kita, bila kedua-dua ibu bapa reda akan kita. Akak tak tahu ke tentang tu?” soalku sambil melemparkan senyuman sinis.- m/s 443

Kata Ku :

Typical storyline with typical conflicts. Jalan citer yang boleh dijangka. Yg lain sikit bila hero nak tarik perhatian heroin dengan cara marah-marah. Marah tahap gaban pula tu. Kalau aku, takdenya aku nak jatuh hati ngan org yg marah2 ni. Dah namanya novel.. layan je la. Kasih pula blur giler… dah brp bnyk clue yang Encik Ikhlas bagi tapi tak dpt nak tangkap. Sampai Encik Ikhlas tu dah jadi suami dia pun masih juga ber-encik-encik ngan suami sendiri. Haiii… Tapi, aku suka cara Kasih nak patahkan kata-kata Mira dan Lisa. Overall, sesuai untuk bacaan santai.


Kredit 3/5

Thursday 22 August 2013

Novel : Yes, Boss!


Bos memang macam tu kan?
Apa sahaja yang dia katakana, kita wajib jawab, “yes, boss!”


Judul : Yes, Boss!
Penulis : Areila Sahimi
Terbitan : Kaki Novel
Muka Surat : 457
Harga : RM19

Rumusan Kisah :

Yes, Boss! – itu saja jawapan yang perlu diberikan setiap kali menerima arahan daripada bosnya, Irfan Ilham. Memang pada mulanya, Aryana tidak menyenangi bosnya itu. Tugasnya sebagai Pembantu Peribadi lebih banyak menguruskan perihal girlfriends bosnya. Tanpa dipinta, perasaan halus itu hadir, namun berjaya dibendung selama 3 tahun!

Tatkala Ilham berpacaran dengan Mellina, Aryana cuba untuk menjelaskan siapa Mellina sebenarnya, namun Ilham tidak mahu mempercayainya. Aryana resign dan balik kampung. Kebenaran terungkap dan Ilham cuba untuk memujuk Aryana kembali.

Kemunculan Udin, kawan sekampung Aryana membuatkan Ilham tidak senang duduk.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Owh… lagi satu. Saya tak nak awak panggil saya Encik Ilham. Memandangkan saya bos awak, jadi saya nak awak panggil saya bos, B-O-S. Bos!” balas Ilham dengan tune ala-ala bos garangnya itu. – m/s 26

“Tolong buat tapisan mana-mana perempuan yang keluar dengan Ilham. Kalau boleh biar yang semenggah sikit kelakuannya. Awak pun satu. Macam tak boleh adjustkan bos awak tu dengan perempuan yang baik-baik. Ini awak ikutkan aje. Cukuplah Harun sorang aje yang mengikut telunjuk bosnya. Janganlah awak pun dua kali lima jugak Aryana,” ujar Datin Rokiah Kamsan. – m/s 89

“Kalau lagi dua tahun saya masih lagi single dan awak masih lagi tak laku, apa kata kita kahwin? Senang. Habis cerita.” Ilham mengutarakan usul yang membuatkan mulut Aryana melopong luas. – m/s 143

“Aryana, takkanlah kekasih aje yang boleh bagi hadiah cincin? Cuba ubah sikit mind set tu. Jangan terpengaruh dengan jalan cerita Hindustan aje. Pemberian hadiah tu berbentuk universal. Saya berhak nak hadiahkan Yana apa sahaja yang saya mampu sebab Yana adalah orang kepercayaan saya. Saya hadiahkan Yana cincin ni sebagai tanda terima kasih saya kepada Yana kerana Yana sorang aje yang sanggup layan karenah saya.” Pantas Ilham mencelah sebelum Aryana sempat transform jadi doctor pakar cinta. – m/s 171

“Yana sedang cuba menyesuaikan keadaan sekarang ni Kak Leha, Abang Harun. Sepatutnya, Yana dari mula tak boleh nak berperasaan macam ni pada bos.” – m/s 251

“Aryana, stop it. Saya nampak Yana dengan Jeffrey dekat Mid Valley tadi. Berapa kali saya nak cakap saya tak suka Yana keluar dengan dia, dekat dengan dia hatta bersembang sekalipun dengan dia. Itu pun susah sangat ke nak faham?!” bentak Ilham. – m/s 277

“Selangkah awak keluar tanpa mintak maaf kepada Mellina, awak saya pecat. Dua puluh empat jam,” tutur Ilham satu per satu. – m/s 293

“Minta maaf. Tak elok jika saya seorang pekerja bawahan makan dengan orang atasannya. Bos lupa ke? Bos kan bos. Bos tetap bos,” perli Aryana. – m/s 329

“Dah bos tu sibuk aje dengan perempuan-perempuan kat luar tu. Mana nak Nampak Yana kat depan mata,” sindir Harun pedas. – m/s 345

“Sebenarnya dari dulu lagi, kak long memang sukakan abang bos! Kak long memang cintakan abang bos since kak long sedar perasaan kak long sendiri, kan? Tapi disebabkan ego kak long abaikan perasaan kak long. Kak long tahu tak. Kak long ni terlalu mencari kesempurnaan. Dengan Udin tak nak. Dengan abang bos pun tak nak.” – m/s 366

“Saya tak paksa Yana untuk berikan jawapannya sekarang. Yana boleh ambil seberapa banyak masa untuk berfikir. Cuma saya nak Yana tahu yang saya amat-amat berharap agar jawapan Yana nanti adalah sesuatu yang mampu membahagiakan saya. Yang akan membahagiakan kita berdua.” Ujar Ilham ketika menghantar Aryana ke rumahnya. – m/s 396

“Baliklah. Yana rindu… sangat. Yana tahulah Yana salah. Tapi janganlah nak merajuk lama-lama macam ni. Boringlah bos tak ada. Kata nak sentiasa ada dengan Yana. Sekarang hilang pulak.” Kata Aryana tersekat-sekat. – m/s 431

“Offer letter mana? Nak terima jawatan sebagai ‘secretary di hati bos’ tu kenalah ada offer letter,” balas Aryana pula. – m/s 445

Kata ku :

Salute kat heroin sbb boleh pendam perasaan dia kat bos dia selama 3 thn?! Pastu, sporting pula nak cover line utk bos dia yang playboy tu. Paling sweet part bos nak propose Aryana. Hahaha.. dialog paling sempoi nak melamar!

Update 4/3/14 : Citer ni tgh on-air!



Kredit 3.5/5


Wednesday 21 August 2013

Novel : Kisah Naz dan Khaalish


"Semakin jauh kau pergi, semakin tegar aku mendekatimu" - Zaim Khaalish
"Mulut menidakkan, tapi mengapa hatiku mula berbunga sayang..." Nazrahani Idora


Judul : Kisah Naz dan Khaalish
Penulis : Hanina Abdullah
Muka Surat : 533
Harga : RM22


Novel kedua Hanina Abdullah yang aku beli, selepas novel Projek Memikat Suami. Tak sempat nak review lagi sebab dah bagi pinjam member. :)

Rumusan  Kisah :

First part citer ni - “Girl and boy forced to get engaged. Girl ran away. Fated meeting. Boy chases after girl. Finally, they got married.” – exactly seperti yang dikatakan oleh hero citer ni, Zaim Khaalish. Heroinnya, Nazrahani Idora.

Second part -  they live a happy life (for a moment). Then ex-gf comes into the picture. Buat kacau. Hubby buat perangai. Wifey maintain cool. Mother-in-law plays her part. Ex-gf got kick out of the picture. Wifey and hubby got a baby. And they live happily ever after. (credit to FarahHusain)

Petikan-petikan dari dalam novel :

And to meet him again… here, of all places… is… what? Karma? Serendipity? I can’t find a word to describe it because I don’t know what it is… - m/s 18

“Saya bukan lagi Khaalish empat tahun dulu. I may not be the best fiancé for Naz four years ago, but I will be the best husband for her lifetime,” ucap Khaalish sambil merenung tepat ke mata Reham. – m/s 98

“Zaim Khaalish, cut the crap.” Dengan kesabaran yang sudah nipis, Naz menggunakan bahasa kasar. “Kita bukan tunang. Semasa mak awak meminang, dia bukan ikhlas nak ambil saya sebagai menantunya. Saya ni hanya umpan untuk jauhkan entah perempuan mana daripada awak. Awak pula bukannya sedar kewujudan saya! It was not a bona fide engagement.” – m/s 116

“Sekurang-kurangnya beri kita masa… Kita cuba dulu... Kita lihat dulu. Apa yang awak Nampak sehari dua ini… Danea… Xandria… Saya tak tipu Naz, they are my past. You are the only one for my future. Beri saya masa untuk buktikan kepada awak? ” – m/s 232

“Mummy… Khaal dah tua la, mummy. Dah tiga puluh tahun. Kalau empat tahun dulu, mummy kata Khaal tak tahu apa yang elok bagi diri sendiri. Sekarang ni Khaal lebih daripada tahun apa yang Khaal mahu. Mummy, I want her to be with me for the rest of my life.” Lembut tutur kata Khaal kepada mummynya. – m/s 288

“Naz, you’re the one who complicate things. Saya cintakan awak, saya nak bersama dengan awak selamanya. Saya ajak awak kahwin. Kita kahwin, kita happy, bapa awak pun happy. Where’s the complication?” Tak pernah Naz menengok muka Khaalish serius sebegini. – m/s 306

“saya dah buat keputusan.” Khaalish berjeda. Nafasnya dihela dalam-dalam. “Awak dah tahu apa perasaan saya. Jika awak rasa awak tak boleh hormati saya sebagai seorang suami, saya tak mahu paksa. Jika awak rasa awak boleh terima saya seadanya, use the ticket and be with me.” – m/s 313

“Saya tahu saya janji dengan awak yang saya tak mahu paksa awak terima saya. Tapi Naz, saya nak cakap juga hari ini. Walaupun saya tak ada cincin, walaupun kita hanya berdiri di tengah-tengah kawasan parkir. Saya nak bagi tau kepada awak yang saya tak akan lepaskan awak lagi. Naz, please marry me!” – m/s 335

Penat berdebat dengan orang korporat, dengan dahi berkerut, Naz berterus terang sahaja, “Saya tak faham kenapa awak nak sangat nikah esok. Sama saja kan kalau  kahwin minggu depan? Beza beberapa hari saja, kan?” – m/s 343

“Aik! Bukan saya ke nyawa awak? Ada ke pula laptop tu nyawa awak! Bukannya dia boleh peluk awak malam-malam.” Idea nakal, senyum pun nakal. – m/s 381

“Hari tu awak minta saya berjanji, kalau apa-apa dugaan yang datang, kita akan berbincang dari hati ke hati. Jadi, bila kita nak berbincang ni? Saya tak faham apa masalah kita. Kenapa awak marah-marah? Kenapa awak bohong saya? Siapa Shonnie?” – m/s 478

“Naz, demi Khaalish, saya sanggup merayu. Saya sanggup jadi nombor dua. Saya cuma nak hidup dengan dia, itu saja. Saya dah cuba…” Kepalanya digeleng-geleng. “Saya tak boleh hidup tanpa dia! Empat tahun… setiap hari saya rindukan dia.” – m/s 487

“Tak perlu guna kuasa veto. Guna kuasa ini saja pun dah cukup.” Si mamat perasan sudah tersenyum manis meleret. Wajahnya sudah rapat benar dengan wajah isterinya. - 531

Kata ku :

Aku suka watak Naz yg mature, sempoi dan cool. Tak suka Khaalish bila dah bertukar jadi orang lain bila ex dia muncul. Tak macho langsung. Siap nak marah2 Naz bagai! Hampeh! Tapi, suka ngan rumah Khaalish. Sweet je aku rasa bila dia purposely deco rumah  dia ngan konsep Bali & Laos, Luang Prabang to be exact, nak mengenangkan tempat jatuh-hati depa!  Overall, citer ni mmg best.


Kredit 4.5/5

Karya-karya Hanina Abdullah yang lain :
1. Projek Memikat Suami

Tuesday 20 August 2013

Novel : Cinta Kau dan Aku



Hanya dirimu yang bias membawa syurga dalam hatiku
tanpa dirimu kuhanya manusia tanpa cinta


Judul : Cinta Kau dan Aku
Penulis : Siti Rosmizah
Muka Surat :
Harga : RM19.90

Actually, drama citer ni dah ditayangkan awal thn ni. Cuma aku yg tak tgk. Rasa ketinggalan pula. Huhuhu..

Rumusan Kisah :

Nur Farisya Iman aka Risya mengubah penampilannya menjadi seorang yang kasar tetapi masih berbudi bahasa, sejak pemergian ayahnya. Kemiskinan hidup menyebabkan Risya tidak dapat meneruskan pelajaran ke university dan terpaksa berhijrah ke KL dan menjadi pemandu kepada Farish Hakimi, yang tertarik dengan kecomelan Risya pada pertemuan pertama.

Sedar dan yakin dengan perasaan Farish Hakimi terhadap anaknya, Ibu Risya yang terhutang budi dengan Farish  Hakimi yang telah menanggung kos pembedahan penyakit jantungnya menyarankan agar Farish Hakimi mengahwini Risya.

Rumahtangga Risya dan Farish Hakimi sering sahaja diuji, antaranya Farish Hakimi yang terlalu mengongkong pergerakan Risya disebabkan cemburu, adik ipar Risya, Farah yang tidak pernah suka dengannya, kemunculan semula Suraya, bekas kekasih Farish Hakimi yang bersekongkol dengan Farah, kemunculan semula Cikgu Zul yang pernah dan masih menaruh hati pada Risya…

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Sebenarnya, masa kat kampong dulu, saya pernah mintak kerja driver tapi saya menyamar. Pakai misai, pakai jambang, dah dapat dah kerja tu tapi saya terbersin, habis misai tercabut. Kantoilah!” – m/s 8

“Risya, mak akan hanya menjalani pembedahan ini kalau Risya berjanji dengan mak sama ada mak selamat ataupun tidak selepas pembedahan ini bahawa Risya mesti kahwin. Mak nak Risya kahwin dengan anak angkat mak. Mak teringin sangat dia itu jadi menantu mak,” jelas mak Timah mengharap. – m/s 102

“Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang.” – m/s 136

“Abang sebenarnya tak pernah berniat nak mengongkong sayang tapi pengalaman lama menjadikan abang seorang yang cukup berhati-hati. Abang takut kehilangan sayang, abang takut jika tiba-tiba sayang tinggalkan abang. Abang tak sanggup nak lalui pengalaman duka itu buat kali kedua. Saying fahamkan maksud abang.” – m/s 186

“Kau dengar sini Risya! Aku akan pastikan kau akan dibuang terus dalam hidup abang aku. Permainan baru bermula Risya. Kau belum tahu siapa aku,” tegas Farah dengan bibir yang diketap. – m/s 252

“Isteri? Isteri apa macam ni? Balik jauh-jauh malam, jumpa jantan. Ingkar perintah suami? Masa kau jumpa si Zack tu, ada kau ingat yang kau tu isteri aku? Hei Risya! Aku dah tak tahan lagi dengan perangai kau macam ni! Aku dah tak boleh bela bini macam ni. Sakit hati aku ni.” Bentak Farish Hakimi. – m/s 340

“Risya tak nak ganggu kebahagiaan Encik Farish bila dia balik semula ke sini. Tadi masa Risya masuk bilik ni Risya tengok bingkai gambar kahwin kami pecah berderai di lantai. Itu tandanya dia dah tak sukakan Risya. Sampai nak tengok gambar Risya pun dia dah tak sanggup. Jadi lebih baik Risya aje simpan album ni.” – m/s 377

“Percayalah sayang, walaupun seluruh dunia menuduh kamu perempuan jahat, abang tetap akan berdiri teguh di sebelah saying untuk terus menyatakan wanita ini adalah sebaik-baik wanita yang abang kenali. Cinta abang pada Risya tidak akan goyah langsung hanya dengan fitnah seperti ini.” – m/s 446

“Forget about that Risya. Abang sanggup pergi ke mahkamah untuk mengaku keterlanjuran abang menceraikan Risya di luar mahkamah. Biarlah apa jua hukumannya, abang sanggup tanggung. Yang penting, Risya sanggup kembali semula dalam hidup abang.” Begitu sekali kesungguhan yang ditunjukkan oleh Farish Hakimi namun tidak sedikit pun menyentuh hati Farisya waktu ini. – m/s 456

“Risya, auntie tahu agak keterlaluan permintaan auntie ini tapi sebagai seorang mama, kalau boleh autie ingin menyampaikan hajat Zul. Sebelum dia pergi buat selama-lamanya, sudikah Risya menjadi isteri Zul di akhir-akhir hayatnya ini?” – m/s 465

“Aku akan bernikah dengan Suraya. Sama dengan tarikh kau bernikah dengan Zul. Cukuplah selama ini aku jadi buta dalam menilai perempuan. Sebagaimana Zul tu sekarang buta dalam menilai kau.” Ujar Farish Hakimi dengan  suara yang cukup puas. – m/s 482

“Jangan tuduh kak Risya macam tu bang. Kak Risya perempuan yang baik. Semua ni salah Farah bang. Sebenarnya Farah yang rancang semua tu bang.” – m/s 538

“Auntie… Risya terima Abang Zul bukan kerana kesian padanya tapi Risya ikhlas menerimanya sebagaimana Abang Zul ikhlas menerima diri ini. Kalau betul Abang Zul nak Risya nikah jugak, Risya sanggup lakukannya tapi bukan dengan Farish… Zack… Zack…” Farisya sudah menjerit memanggil Zack Kapcai. Terkocoh-kocoh Zack Kapcai mendapatkannya. – m/s 549

“Memang besar. Besar sangat. Saya tak boleh terima lelaki yang dah hina diri saya. Saya tak boleh terima lelaki yang begitu mudah buang saya dari hidupnya.” – m/s 640

Kata Ku :

Aku rasa heavy dan complicated jg jalan citer novel ni. Cinta bersegi-segi. Mula2 tu aku ingat aku akan rasa geram sgt kat Cikgu Zul sbb ingatkan dia nak rebut Risya daripada Farish. Pastu, aku ingatkan aku akan rasa geram ngan Farah, adik si Farish yg kejam tu! Mmg geram pun sebenarnya. Tapi, yg paling bikin aku geram sgt sebenarnya adalah Farish! Apa la Farish ni. Tak mature, tak cool, panas baran! Heiii… Mmg padan muka la Risya tak boleh nak terima dia balik. Tapi, tak best pula kalau mcm tu.. sbb tak happy ending. Hahahaha…


Kredit 4.5/5

Karya-karya Siti Rosmizah yang lain :
1. 7 Hari Mencintaiku
2. Lafazkan Kalimah Cintamu

Monday 19 August 2013

Novel : 13 Jam A380


… Dan Dialah yang mengetahui jiwa setiap hamba-Nya…



Judul : 13 Jam A380
Penulis : Evelyn Rose
Muka Surat : 752
Harga : RM28

  
Aku ingatkan dpt jadi top 500 readers yg order novel ni kat Karyaseni. Tapi, takde rezeki nak dpt novel yang ada signature Evelyn. Takpe la… nyway, first time beli novel yg baru dua hari published! Dah tunggu2 sejak 2 bln kot. Actually, dah dapat novel ni sebelum raya. So, mmg beraya ngan novel ni la! Hhehehe.. Baca je tak review pun. Pastu member lak pinjam. So, baru skrg nak review sket. Hihihihi…

Rumusan Kisah :

Bagai mimpi menjadi kenyataan bila Syed Haydar Tan Sri Syed Nazim, hottie guy yang diminati dan diintainya selama 3 tahun berada di depan mata. Malah duduk di sebelahnya dan menjadi boyfriendnya selama 4 jam dalam pesawat 13 jam A380 menuju ke England.

Keputusan Hana Sofea Ibrahim untuk berjumpa dengan Haydar di airport keesokan harinya sebelum keberangkatan semula Haydar ke Malaysia akhirnya membuahkan rasa kecewa yg tidak terhingga di hati Hana apabila ternampak Haydar dengan kekasihnya.

Selama 3 tahun di England, hanya dua kali sahaja bertemu dengan Haydar dan selepas itu Haydar bagai pergi terus dari hidupnya. Betul ke? Hana pula macam dah lupakan Haydar sbb sibuk jadi mummy kepada Emmel dan duduk sekali dengan keluarga Fawwaz. Hana terpaut pada Fawwaz yang menjaga dan banyak membimbing Hana ke arah yang lebih baik. Betul ke jodoh Hana dengan Fawwaz?

Haydar takkan senyap macam tu je kot?  Banyak sebenarnya kejadian tanpa diketahui Hana… jeng jeng jeng…


Petikan-petikan dari dalam novel :

“Hana… My dear sister! Dahlah, ramai gila orang beratur nak pinang kau, kau pula nak tunggu si mamat yang takkan gugur ni ha. Udah la. Nonsense tau? Orang macam dia takkan jumpa dengan kita. Tidak mungkin. Kau pun tahu dia guna Ferrari Maserati. Takkan nak naik LRT. Nak jumpa dalam kapal terbang? Mamat tu sah-sah guna first class, kita ni paling ya pun economy aje, kak oii…” – m/s 3

“Hana… Kalau awak naik A380 lagi, or any other airplane, don’t follow strangers like what you’re doing now.” Tegas betul larangan dan nasihat daripada Haydar. Aku bukan ikut sesiapa dan suka-suka! Aku ikut dia sebab aku kenal dia! – m/s 90

“If and only if you’re willing to spend your time with her like in the evening, let her call you mommy… And I will pay you fifty buck per hour but it must be a written contract until she reaches fifteen years old.” – m/s 123

“Tiga tahun saya suka dia. Tiga tahun saya menyulam angan. Tiga belas jam angan jadi kenyataan dan saya mula berharap. Empat jam momen kami bahagia dan sebelah kaki memijak tanah, segalanya lesap. Hilang.” Aku senyum pasrah. Ketawa perlahan. Bukan tawa gembira, tapi tawa sinis untuk seorang aku yang naïf. – m/s 195

“Tuhan hantar saya ke sini untuk kembalikan hati awak!” Aku senyum riang, cuba menceriakan Susana yang terasa agak asing antara kami. Tangan yang aku genggam aku angkat tinggi, menghulurkan ke arahnya. Genggaman aku buka lalu meniupnya kea rah Fawwaz. – m/s 253

“I shine their lives, Haydar. I’m their sunshine, not an ugly useless cocaine which people use when they are down!” Aku terjerit kecil kepada Haydar. Dia terpana. Kaku di situ. Laju aku berjalan, cuba meninggalkan dia walaupun dia mengejar dari belakang. Kereta yang berpusu-pusu menyukarkan keadaan. Cepat-cepat aku melintas. – m/s 348

“Stop talking bullshit, Hana. Your heart is so transparent to me. You know what the beats of your heart are saying. Stop denying it! I can see the pain in your eyes. Why? Sebab saya tak datang cari awak selama ni?” – m/s 366

“Fawwaz, takkan sampai Emmel besar awak nak tipu Emmel konon awak berdua dah kahwin? Suami isteri apa tidur pun tak sebilik? Pegang tangan pun tak? Sampai bila awak boleh tipu? Emmel makin membesar. Setahun dua lagi pun dah cukup untuk buat dia faham! Jangan sampai masa dia akan benci awak berdua sebab menipu!” – m/s 423

“Let’s start a family… Our own family… have our own children. We will raise them together and never be apart. Let’s cherish our home with love…” – m/s 437

“Hana Sofea binti Ibrahim… Apabila terbang pasti bersama helangnya. Jodoh kita memang di kayangan, kan?” tegur Haydar dalam senyuman yang tenang dan manis. Liur yang ditelan bagaikan tersekat di kerongkong. – m/s 456

“Well, it doesn’t matter anymore, Haydar. Terima kasih kepada trofi awak dan awak sendiri. Because of you both, I met a beautiful family and appreciate them as much as they appreciate me.” – m/s 499

“Tapi cinta kami hanya wujud tika di awang-awangan. Kata si dia, cinta kami ialah cinta kayangan…” Perlahan dan penuh emosi suara Haydar. “Saya ciptakan Sky Café, moga-moga cinta kami tak perlu ke kayanganlagi untuk menyulam cinta. Untuk mewujudkan cinta, cukup dengan hanya di sini ia mampu menjadi kenyataan. Proclaiming all the sweet little things we shard up there…” – m/s 536

“Don’t you a better way to tell me about this, Hana? Tiga tahun Hana, awak tolak lamaran saya. Saya sangkakan sebab ayah awak yang minta awak habiskan pelajaran dulu. You have  your own choice! You could just have told me straightaway about it, Hana. Do you really need to hurt me this way? Is this the only way to reject my proposal?” – m/s 539

“Balik dari bertemu dengan awak di London dulu, saya tahu awak untuk saya. Saban malam saya berdoa, andai Allah temukan saya dengan awak sekali lagi, itu tandanya awak untuk saya…” Suara Haydar kedengaran sangat tulus, setulus anak matanya yang memandang lembut. – m/s 620

“Saya minta maaf kalau cara saya dapatkan awak buat awak rasa benci sebelum ni, Hana… tapi dah lama saya intai awak dari jauh. Sampai masanya awak balik dengan harapan untuk menikahi lelaki lain, saya tak mampu untuk berlembut lagi. Jika saya tak bertindak sekarang, saya akan kehilangan awak selamanya.” – m/s 672

“Snuggling in the bus with all the rocky roads is more adventurous. My wife prefers that, for sure,” jawab Haydar tanpa malu. Ah, semakin panas terasa pipi ni. Haydar… Haydar… Memanglah! - m/s 721

Kata Ku :

Ok, aku memang bias sbb dari awal lagi aku cuma suka kat Haydar. Hahahahah… So, aku rasa boring pulak baca part Hana dan Fawwaz.

Jantung aku cuma dipam-pam bila Hana dah masuk dalam kapal terbang nak pulang semula ke Malaysia selepas 3 tahun di England! Berdebar-debar aku baca setiap babak Hana dan Haydar!

Hana yang degil dan keras kepala buat aku rasa sangat geram. Haydar pula licik dan daring. Lebih kurang macam Tengku Adam dalam novel The Wedding Breaker! Hehhehe.. Seriously, aku tak puas baca babak Hana dan Haydar. Macam tak cukup banyak. Huhuhuhu… Tapi, mmg salute kat Evelyn Rose sbb jalan citer yg lain daripada yg lain!


Kredit 4.5/5

Karya Evelyn Rose yang lain :
1. The Wedding Breaker

Friday 16 August 2013

Novel : Love You Mr. Arrogant


Aku memang gila sebab cintakan kau yang berlagak gila!
Tapi apa lagi nak dikata, kalau hati dan cinta…


 Judul : Love You Mr. Arrogant
Penulis : Aliesha Kirana
Muka Surat : 462
Harga : RM18


Rumusan Kisah :

Zafriel Irham diberi pilihan secara paksa oleh ayahnya untuk mengahwni Zaara Amirah atau Sherry atau  ayahnya tidak akan menyerahkan syarikat kepadanya.

Sherry yang gedik sangat tidak disukai oleh Irham walaupun menjadi pilihan ibunya. Irham tekad utk memaksa Zaara utk berkahwin dengannya setelah Zaara tidak dapat melunaskan hutang RM5k dalam kemalangan kecil yang telah merosakkan bumper keretanya.

Menerima perkahwinan kontrak dengan hati yang reda membuatkan Zaara menerima Irham seadanya, malah belajar untuk mencintai Irham. Irham, walaupun berhati kering tapi tetap mengambil berat tentang Zaara, dalam diam.

Ibu Irham tetap mendesak Irham untuk mengahwini Sherry. Zaara mengizinkannya dengan berat hati. Irham membawa Zaara melarikan diri pada hari pernikahannya setelah mendapat tahu hal sebenar daripada ayahnya.

Anyway, citer ni akan ditayangkan tak lama lagi..

Pelakon utama : Azlee Khairi dan Zara Zya

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Sekarang kamu pilihlah sendiri, Sherry atau gadis tadi. Papa nak kamu kahwin secepat mungkin. Paling lambat pun papa bagi tempoh sampai hujung tahun ni. Kalau kamu tak mengahwini salah seorang dari mereka, papa akan wariskan syarikat ni kepada Hadry. Keputusan papa muktamad.” – m/s 27

“Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik.” Zaara merengus, tidak puas hati dengan kehendak Irham yang tidak masuk akal itu. – m/s 38

“Perkahwinan dibina tanpa sebarang syarat Encik Irham. Saya sudi menikahi awak tanpa sebarang bayaran mahupun ganjaran, jadi tak perlu adakan sebarang perjanjian. Selagi saya boleh bantu awak, saya akan bantu terdaya saya, dengan ikhlas.” – m/s 85

“Sepatutnya tempat kamu tu, jadi milik Sherry. Kamu tu apa yang ada. Gadis biasa, tak layak langsung jadi menantu keluarga ni. Tengoklah nanti Zaara, aku takkan berdiam diri selagi kamu tak berpisah dengan Irham!” Puan Sri Maryam mengetap bibirnya. – m/s 147

“Ah! Awak bohong, Zaara. Awak bohong! Saya tak sangka awak jenis perempuan macam ni. Awak curang! Kenapa mesti awak pergi kepada dia? Kenapa awak tak cari saya saja Zaara? Kalau awak tak bahagia dengan suami awak, saya boleh bahagiakan awak Zaara, tapi kenapa mesti awak pilih lelaki lain?” – m/s 166

“Saya pasti akan rindukan awak.” Zaara menyambung air matanya kian bertakung di tubir mata. Irham tergamam, dapat mengesan mata Zaara yang kian berkaca. – m/s 227

“Sebab tu, I nak hapuskan you! I tak perlukan madu! Biar I sorang je jadi isteri Irham!” Tanpa diduga Sherry menolak tubuh Zaara yang dipeluknya tadi. Zaara terjatuh ke dalam kolam renang yang berada di belakangnya itu. – m/s 331

‘Walaupun Irham tak cintakan aku, tapi aku tak sanggup kehilangan dia. Dia kekuatan aku, bila tengok wajah dia saja, aku dah rasa kuat. Walaupun aku kena berkongsi dia dengan Sherry, tak apalah… asalkan dia ada di sisi aku. Aku yakin aku boleh hadapi dugaan hidup bermadu ni. Ya, yakin Zaara!’ – m/s 376

“Walau apapun yang terjadi, kita akan tempuhi bersama. Aku ada di sisi kau, kau pun ada di sisi aku. Okey?” – m/s 410

“Mama memang bencikan Zaara, kan? Baik. Zaara akan pergi dari sini, Zaara akan keluar dari hidup mama dan hidup Irham. Tapi mama kena sihat dulu, baru Zaara pergi.” Zaara bersuara dalam linangan air mata. Puan Sri Maryam tergamam. – m/s 430

“Macam mana aku nak uruskan syarikat ni kalau Zaara tak ada kat sisi aku? Aku tak perlukan syarikat ni kalau Zaara tak ada. Aku tak nak!” Irham menolak segala fail yang berada di atas mejanya hingga semuanya jatuh ke lantai. – m/s 444

Kata ku :

Typical storyline. Jalan citer biasa2 jer. Tak mendebarkan sangat. Tapi aku suke Zaara sbb dia belajar utk jatuh cinta kat Irham walaupun dia dipaksa kawin oleh Irham.Walaupun tak sanggup nak bermadu, dia rela jg. Tak sanggup aku!  Geram kat Irham sbb hati kering. Sayang tapi tak tunjuk sgt. Tak suke kat mak Irham tu tau.. nasib baik insaf gak. Haruslah insaf kot kalau nak happy ending! 


Kredit 3/5